Bahan Ubat gegat

Ubat-ubat gegat lama biasanya diperbuat daripada naftalena tetapi ubat-ubat gegat pada masa kini diperbuat daripada 1,4-diklorobenzena disebabkan oleh sifat naftalena yang mudah terbakar. Kedua-duanya mengalami proses pemejalwapan, di mana bahan-bahan kimia tersebut meruwap ke udara menjadi gas yang beracun terhadap rama-rama dan gegat.

Kedua-dua bahan kimia tidak digalakkan untuk digunakan secara bersama-sama kerana boleh merosakkan barangan yang ingin dilindungi.[1]

Kadangkala, bahan-bahan seperti kapur barus digunakan untuk menggantikan kedua-dua bahan kimia disebabkan oleh sifat-sifatnya yang berbahaya.